Print

Guru takmir dinobat Tokoh Maulidur Rasul

Written by Administrator.

wu_03.1
Seorang guru takmir di Masjid Negeri dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang bagi tahun ini.
.
Abdul Wahab Awang Kechik, 63, dipilih berdasarkan jasa serta ketokohan beliau dalam bidang agama dan pendidikan.
.
Beliau yang menerima pendidikan tinggi dari Universiti Islam Madinah dan Universiti Sains Malaysia (USM) pernah memegang beberapa jawatan penting di institusi pengajian tinggi awam dan kerajaan negeri.
.
Sebagai penerima anugerah, beliau menerima wang tunai RM5,000 dan sijil daripada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada Majlis Perhimpunan Ummah di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.
.
Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sains Fizik USM, Prof. Madya Abdul Halim Abdul Aziz, dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Inovasi manakala Anugerah Khas Kemasyarakatan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti, Datuk Abdul Rahman Abdul Kadir dan Anugerah Khas Keagamaan diberikan kepada Yang Dipertua Yayasan An-Nahdhoh, Abdul Mutalib Maarof.
.
Masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan sijil.
.
Terdahulu kira-kira 2,000 orang daripada 44 kontinjen menyertai perarakan di Padang Kota Lama yang dilepaskan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman.
.
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Penjara Seberang Perai serta Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri pula dipilih sebagai Kontinjen Perarakan Terbaik bagi kategori jabatan kerajaan.
.
Bagi kategori sektor swasta dan institusi pengajian tinggi, jatuh kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
.
Setiap pemenang menerima wang tunai RM1,000 dan sijil.
.
Sumber - Utusan
P/s - Nota Kaki Allianze University College Of Medical Sciences - Abdul Wahab Awang Kechik, merupakan salah seorang tenaga kerja di AUCMS.

talk2us

faq

twitterLogo_copy

ourlocation


phone

1800-88-2015