Print

Karnival "Jom Masuk U" Sabah

Written by Administrator.

Jom-Masuk-U-logo_copy
Lepasan SPM/STPM di Sabah yang gagal memperoleh biasiswa bagi melanjutkan pengajian Perubatan berpeluang berbuat demikian melalui Dana RM50 juta dari Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS).
.
Naib Canselor AUCMS, Prof. Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak akan berada di Kota Kinabalu dari 11 Februari sehingga 14 Februari ini untuk memberi penjelasan mengenai dana tersebut kepada pelajar-pelajar Sabah yang berminat.
.
``Jangan lepas peluang ini kerana saya tahu ramai yang berhasrat menjadi seorang doktor tetapi disebabkan kekangan kewangan atau gagal memperoleh 8A+ untuk memohon biasiswa JPA/MARA, mereka pendamkan cita-cita tersebut,’’ kata Pengurus Kanan AUCMS, Norzahizan Ismail.
.
Beliau memberitahu, pelajar-pelajar lepasan SPM aliran sains hanya perlu memastikan mereka memperoleh sekurang-kurangnya B+ dalam semua subjek sains dan lepasan STPM serta Matrikulasi hanya perlu melepasi tiga pointer untuk layak memohon Dana RM50 juta itu.
.
``Mereka yang layak boleh melanjutkan pengajian Pra-Perubatan AUCMS (bagi lepasan SPM) selama setahun atau lepasan STPM, Matrikulasi atau yang setaraf dengannya boleh terus mengikuti Ijazah Perubatan AUCMS dengan pinjaman Dana AUCMS serta PTPTN.
.
``Pelajar-pelajar yang lulus dengan cemerlang pula boleh memilih untuk melanjutkan Ijazah Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (MD UKM di AUCMS) atau program berkembar University College Cork, Ireland atau National University of Ireland, Galway atau MD USU (Universitas Sumatera Utara),’’ tambah beliau.
Naib Canselor AUCMS itu akan berada di Suria Sabah dari jam 11 pagi sehingga 4 petang pada 11 dan 12 Februari sempena Karnival Pendidikan Kementerian Pengajian Tinggi, ``Jom Masuk U’’.
.
Beliau memberitahu, Prof. Mohamad juga akan turut serta dalam Seminar Peluang dan Laluan Kerjaya Dalam Bidang Perubatan dan Sains Kesihatan Bersekutu di Sekolah Menengah Sains, Kota Kinabalu (SMSKK) pada 13 Februari serta Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kota Kinabalu pada 14 Februari.
.
``Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan SPM/STPM atau lepasan Matrikulasi dan setaraf dengannya yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu atau mereka yang masih belum membuat keputusan untuk belajar boleh terus ke Dewan SMSKK pada pukul 2 petang untuk mendapatkan khidmat nasihat.
.
``Bekas pelajar MRSM boleh mengikuti ceramah Prof. Mohamad pada 14 Februari di MRSM Kota Kinabalu dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi di Dewan MRSM sementara di sebelah petang beliau akan berada di Sekolah Menengah Majakir, Papar.
.
``Pelajar-pelajar yang berminat melanjutkan pengajian pelbagai diploma dalam Sains Kesihatan Bersekutu dan memperoleh sekurang-kurang tiga kredit boleh ke ruang Pameran AUCMS di Karnival Jom Masuk U di Suria Sabah pada Sabtu dan Ahad ini,’’ tambah Norzahizan.
.
Orang ramai yang ingin mendapatkan keterangan lanjut boleh menghubungi beliau di talian 012-404-6607 atau layari laman web AUCMS.

talk2us

faq

twitterLogo_copy

ourlocation


phone

1800-88-2015