Curriculums

Print

AUCMS Ready To Offer Diploma, Degree Courses In Music

Written by Administrator.

385056_194512533974005_194482920643633_379775_510468749_nThe Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS) will offer diploma and degree courses in music by year end.
.
The Dean of AUCMS' Faculty of Medical Hospitality, Tourism and Performing Arts, Datuk Wah Idris said the college was in its final stage of submitting its concept papers for approval to the Malaysian Qualifications Agency (MQA).
.
"We will submit the papers to MQA for approval and once approved, we expect to offer diploma and degree courses related to music by year end.
.
"AUCMS has all the facilities, education material and work force to undertake the task," he told reporters at AUCMS here last night.
.
Wah Idris an Extraordinary International Composer, Musician, Entrepreneur, and Creative Director, said AUCMS was expected to enroll about 80 students for its first intake.
.
Print

Unite me In Your Illusion

Written by HARLINDA ZAKARIA.

posterILLUSINew22_copySynopsis:- 'Unite me In Your Illusion'
.
Puteri Mayang Sari (Princess Mayang Sari) is a dance drama adapted from the famous myth and lagendary story named 'Ulik Mayang' from Terengganu.It revolves around two lovers who are from different world.
.
While the villagers are celebrating the beach festival happily,Awang with his four friends has sneaks out from the village towards the beach. Awang realizes the arrival of seven grace and beautiful princess from heaven Bukit Puteri (Princess Hill)is playing and enjoying the sea .At the sea shore,without concerning his friends,Awang has taken a shawl which belongs to the youngest Princess,Mayang Sari.Due to that Mayang Sari were not able to go back to Bukit Puteri (Princess Hill).
.
The dissapearance of Awang has been acknowledge throughout the village.Awang's mother who's griefing,had asked the help from a shaman to help her to find Awang.The village turns chaoticas theyare looking out for Awang.
.
The love begins when Mayang Sari starts resident on earth which leads to the love between Awang and Mayang Sari to bloom.Back in the magical place,Your Higness King & Queen are very upset and ordered the First Princess Along with the other five princess to go back to earth and bring Mayang Sari back to the palace.
In order to confuse Awang,the first Princess with the other five princess are turned into black creatures (genie) after spell pun on them.
.
The fight between the first Princess and Awang begins when The First Princess when she was forcing Awang to let go off Mayang Sari and she was stopped by Mayang Sari.
.
In the end,Awang,who realizes that Mayang Sari comes from a different world than him returns the shawl which belongs to Princess Mayang Sari.The helpless Mayang Sari therefore have to leave Awang on earth and lead his life as before.
.
Sinopsis - ‘Satukan Aku Dalam Illusimu’
.
Merupakan sebuah cerita yang diadaptasikan dari mitos dan lagenda Ulik Mayang yang terkenal dari Negeri Terengganu.Mengisahkan tentang percintaan antara dua dunia yang berbeza iaitu antara manusia dan kayangan/alam ghaib.
.
Sedang keriangan penduduk kampong menyambut pesta pantai,Awang bersama empat rakan yang lain telah menyelinap keluar dari kampong menuju kepantai .Sedang leka bermain Awang bersama rakan yang lain,Awang menyedari kehadiran tujuh puteri jelita dari dunia kayangan Bukit Puteri sedang asyik bermain sambil mandi-manda ditepi pantai.Tanpa menghiraukan rakan yang lain Awang telah mengambil salah satu selendang kepunyaan Puteri Bongsu iaitu Mayang Sari.
.
Mayang Sari yang kehilangan selendangnya tidak dapat pulang ke kayangan Bukit Puteri.
.
Awang telah memunculkan dirinya bertemu dengan Mayang Sari dan mereka telah dilamun cinta.
.
Berita kehilangan Awang telah tersebar keseluruh kampong.Ibu Awang yang bersedih hati meminta pertolongan Bomoh bagi mencari Awang..maka seluruh penduduk kampong menjadi huru hara mencari Awang diserata kampong.
.
Cinta Awang dan Mayang Sari telah berputik bila Mayang Sari tertinggal di alam bumi.Diistana kayangan pula Baginda Raja amat murka kerana Mayang Sari ditinggalkan di bumi dan mengarahkan Puteri Sulung bersama lima puteri yang lain turun ke bumi dan membawa balik Mayang Sari ke istana kayangan.
.
Jampi dan mantera dibaca maka bertukarlah puteri sulung bersama lima puteri yang lain menyerupai makhluk yang menakutkan agar dapat mengelirukan Awang..
Pertarungan mula tercetus apabila puteri sulung bertindak tegas kepada Awang dan dihalang oleh Mayang Sari..
.
Akhirnya Awang menyedari Mayang Sari dating dari dunia berbeza dan mengembalikan selendang Mayang Sari...Mayang Sari terpaksa melepaskan Awang kerana menyedari bahawa hubungan mereka tidak ada penghujung...
.
Print

'Satukan aku dalam illusimu'

Written by HARLINDA ZAKARIA.

posterILLUSINew22Buat julung-julung kalinya kumpulan Tarian Kesenian Allianze University yang dikenali dengan STEPS (Strength To Ekspress Passion Superbly) dibawah Kelab Kebudayaan Dan Kesenian AUCMS bersama Unit Ko K Kesenian,FMHTPA akan mempersembahkan sebuah Dramatari  yang berjudul 'Satukan Aku Dalam Illusimu' pengarahan oleh En  Zamry Saidin yang juga selaku Koreorafer Dramatari tersebut. Dramatari merupakan persembahan teater tanpa dialog yang menggunakan gerak tari dan olah tubuh untuk menyampaikan sebuah cerita.Penggunaan pelbagai jenis tarian seperti tarian rakyat dan istana serta  teknik tarian kreatif turut diaplikasikan untuk menyempurnakan Dramatari ini.
.
'Satukan aku dalam illusimu' merupakan menceritakan tentang kisah cinta seorang pemuda kampung  dengan  puteri kayangan dan cinta mereka tidak kesampaian kerana kehidupan dunia yang berbeza. Puteri bongsu yang mempunyai  7 beradik ini dimurkai ayahandanya iaitu Raja Kayangan kerana tidak merestui hubungan mereka.Kisah dari mula mereka bertemu dan pengakhiran kisah cinta mereka dipersembahkan dalam gerak tari yang indah dan dengan alunan muzik dan bunyi yang menarik.
.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan ini yang  akan dipersembahkan pada 6,7 & 8hb April 2012,jam 8.00mlm di Studio B,WMS dan dibuka kepada semua pelajar dan masyarakat setempat. Kupon masuk RM5 boleh didapati dari Pejabat Fakulti Medical Hospitality,Tourism & Perfoming Art (FMHTPA) bersebelahan Studio B,WMS atau hubungi 04-5780898/223 @ HP-0103761668.
.
Artikel Oleh - HARLINDA ZAKARIA
Print

FMHTPA tawarkan Ko-K Muzik ,Vokal ,Tarian dan Seni Teater secara percuma kepada semua pelajar AUCMS.

Written by Harlinda Zakaria.

407271_326021204108095_184122271631323_981800_46208926_nFakulti Medical Hospitality,Tourism  & Performing Art (FMHTPA) kini menawarkan kursus Ko-Kurikulum Muzik ,Vokal,Tarian dan Seni Persembahan Teater secara percuma kepada semua pelajar-pelajar AUCMS. Dekan Fakulti MHTPA yang juga seorang komposer terkenal Dato’ Wah Idris  mengambil inisiatif untuk menawarkan Ko-K Muzik sebagai salah satu cabang kemahiran bagi menambah nilai kepada semua pelajar-pelajar perubatan.

Kursus yang ditawarkan ialah Gitar,Drum,Keyboard/Piano,Percussion dan Vokal. Kesemua kursus Ko-K ini mengambil masa lebih kurang 3 bulan untuk tahap pertama/asas. Pendaftaran Ko-K Muzik baru bermula minggu ini, menerima lebih 100 pendaftaran dari pelajar-pelajar AUCMS dan pendaftaran masih dibuka sehingga minggu hadapan. Manakala Ko-K Tarian dan Seni Persembahan Teater yang telah pun bermula sejak setahun lalu dan mempunyai lebih 100 pelajar yang telah mengikuti kursus ini akan memulakan pengambilan baru pada 10 April 2012 ini.

AUCMS, satu-satunya universiti swasta yang menawarkan Ko-K sebegini kepada pelajarnya sebagai salah satu cara  untuk menambah nilai kepada pelajar-pelajar agar menjadi seorang graduan yang ‘multi-talented’ dan mempunyai kemahiran tambahan. ‘Peluang sebegini haruslah diambil oleh pelajar-pelajar kerana Kursus Ko-kurikulum yang ditawarkan mempunyai silibus khas dan aktiviti yang dirancang melalui ko Kurikulum ini akan melatih pelajar untuk menjadi seorang pemimpin, semangat kerja berkumpulan dan lebih berkeyakinan tinggi’ kata Puan Harlinda Zakaria, Ketua Unit Ko-Kurikulum AUCMS.

Pelajar-pelajar yang berminat untuk mengikuti program-program ini boleh menghubungi:- FMHTPA di talian 04-5780858/226/223 atau (En Khairil (Muzik& Vokal) H/P 017-4547137 dan En Zamry ( Tarian) :-  Hp 017-4336170, En Syuzairi (Teater) Hp:-010-3761668.
Artikel dari Pn Harlinda Zakaria.

Print

Teater Jebat Beri Kejutan

Written by Harlinda Zakaria.

431386_352540011456214_184122271631323_1044653_1593038703_nMungkin rata-rata anggapan bahawa cerita Jebat adalah cerita purba dan sejarah biasa yang semua telah tahu menjadikan warga AUCMS teragak-agak untuk hadir menyaksikan persembahan 25 orang anak-anak seni AUCMS mempersembahkan Teater Jebat ini pada 11 dan 12hb Mac baru-baru ini di Studio B,AUCMS. Walaubagaimanapun penonton yang hadir terperanjat kerana konsep cerita Jebat yang komedi dan berlatarkan zaman moden telah menjadikan semua tak kering gusi kerana lakonan mantap dan komedi pelajar-pelajar ini berjaya mencuit hati penonton.

Teater Jebat dibawa dengan cara tersendiri oleh VOICE, memberi mesej yang tertentu kepada semua dan menjadikan penonton berfikir sejenak. Seramai lebih 200 penonton hadir membanjiri Studio B AUCMS dalam tempoh 2 malam persembahan. Studio B telah bertukar wajah menjadi sebuah Panggung Eksperimen di AUCMS. Suasana di studio meriah dengan gelak tawa penonton sepanjang Teater berlangsung.

Pelajar-pelajar yang terlibat dalam produksi Teater Jebat merupakan pelajar dari pelbagai Program Diploma di AUCMS. Gabungan mantap mereka  telah beberapa kali mencetuskan fenomena dalam seni persembahan di AUCMS. Terdahulu kumpulan ini pernah mempersembahkan teater ‘Mencari Juwita’, ‘Kerusi’ dan tahun lepas Semi Muzikal Teater ‘MAHSURI’ dipersembahkan yang melibatkan seramai 110 pelajar dan kali ini JEBAT dibawa secara konsep ringan dan lebih santai dan menghiburkan. Pelajar-pelajar VOICE juga sinonim dengan pengurusan acara-acara persembahan seni di pentas di AUCMS.

Pengarah teater ‘JEBAT’, Anis Shuhada Samsudin (pelajar Sem 4/5 Diploma Medical Science) berkata “Ilmu baru yang diperolehi sepanjang produksi menjadikan kami lebih berkeyakinan menempuh cabaran dan pengalaman berteater adalah sangat hebat dan tidak dapat dilupakan, ianya bukan sahaja sekadar tampil dipentas tetapi bagaimana cara menguruskan dan menjayakan sesuatu event itu.” Penasihat dan Pengurus Produksi teater ‘Jebat’ iaitu Puan Harlinda Zakaria yang juga Ketua Unit Ko-Kurikulum AUCMS sentiasa menekankan prinsip disiplin, positif, berani dan kreatif kepada VOICE untuk menjayakan sesuatu persembahan itu.

VOICE akan bergabung dengan STEPS (kumpulan tarian AUCMS) untuk mempersembahkan satu lagi persembahan berbentuk dramatari  bertajuk ‘Satukanku Dalam Ilusimu’ yang akan di arahkan oleh Zamry Saidin pada 6,7&8 hb April ini di AUCMS dijangka akan mencetuskan satu lagi fenomena seni di AUCMS kerana dramatari adalah julung kali dipersembahkan oleh anak-anak seni ini.

Kumpulan VOICE dan STEPS lahir dari Kelas Ko-Kurikulum Seni Persembahan Teater dan Tarian yang ditawarkan secara percuma kepada pelajar-pelajar AUCMS. Kelas ini dibuka sepanjang masa kepada semua pelajar dan pengambilan seterusnya adalah pada 10hb April 2012.

Kepada yang berminat untuk mengikuti kelas ini bolehlah menghubungi Encik Syuzairi (Teater) -010-3761668 dan Encik Zamry –0174336170 atau hadir ke pejabat Fakulti Medical Hospitality,Tourism dan Performing Art.

Artikel dari Pn Harlinda Zakaria.



talk2us

faq

twitterLogo_copy

ourlocation


phone

1800-88-2015